Makna Asmaul-Husna
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ
ٱلرَّحِيمِ
Allah: ( الله ) Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama
dari Zat Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua
macam pujian dan sanjungan.
Lafadz ini
disebut juga lafadz Jalalah, dan juga disebut Ismu
Zat . Iaitu Zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya
termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dan Dialah Tuhan seru sekalian alam.
Adapun
nama-nama lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang
tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang
Maha Mulia.
1.
Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha
Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan
yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah,
iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari
segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi
keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan,
iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa,
sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang
baik.
7.
Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha
Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan
melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu
kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9.
Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha
Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala
keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh
hambaNya.
10.
Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha
Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala
kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11.
Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha
Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan
adanya semua itu.
12.
Al-Baari’: ( البارئ ) Maha
Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang
bernyawa yang ada asal mulanya.
13.
Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha
Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada
sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang
belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah
mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang
memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14.
Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha
Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15.
Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha
Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala
makhluk menurut kehendakNya.
16.
Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha
Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi
kurnia.
17.
Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha
Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat
juga sebab-sebab diperolehnya.
18.
Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha
Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya
untuk seluruh hambaNya.
19.
Al-’Aliim: ( العليم ) Maha
Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun
yang tertutup oleh penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit
Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki
bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
21.
Al-Baasith: ( الباسط ) Maha
Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan
terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22.
AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha
Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap
orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya
kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23.
Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha
Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat
kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang
bertaqwa.
24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha
Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada
agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.
25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu
kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
26.
As-Samii’: ( السميع ) Maha
Mendengar.
27.
Al-Bashiir: ( البصير ) Maha
Melihat.
28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili,
iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat
menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi
kelangsungan hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam
keadilanNya itu.
30.
Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha
Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui
segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
31.
Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha
Waspada/ Maha Mengetahui.
32.
Al-Haliim: ( الحليم ) Maha
Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa
melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33.
Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha
Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat
dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34.
Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha
Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35.
Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha
Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas
amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha
Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak
mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh
otak yang bagaimanapun pandainya.
37.
Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha
Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal
manusia.
38.
Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha
Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu
jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan
hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan
balasanNya.
39.
Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha
Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh
ataupun makanan rohani.
40.
Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin
/ Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan
kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
41.
Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha
Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan
sifat-sifatNya.
42.
Al-Kariim: ( الكريم ) Maha
Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai
penggantian dan sesuatu pemberian.
43.
Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha
Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati
gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44.
Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha
Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
45.
Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas
Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan
luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46.
Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha
Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya
serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47.
Al-Waduud: ( الودود ) Maha
Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk
seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan
keadaan.
48.
Al-Majiid: ( المجيد ) Maha
Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
49.
Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha
Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan
para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti
setelah tibanya hari Qiamat.
50.
Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha
Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51.
Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq
/ Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52.
Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha
Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara
semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki
Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
54.
Al-Matiin: ( المتين ) Maha
Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu
memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta
mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat
dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
56.
Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha
Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
57.
Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha
Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari
pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58.
Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha
Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu
yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59.
Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha
Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali
setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya
kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
61.
Al-Mumiit: ( المميت ) Maha
Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal
hidupNya itu.
63.
Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha
Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga
membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit
dan bumi ini.
64.
Al-Waajid: ( الواجد ) Maha
Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan
olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang
secara mutlak.
65.
Al-Maajid: ( الماجد ) Maha
Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab,
Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66.
Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.
68.
Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha
Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi
tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
69.
Al-Qaadir: ( القادر ) Maha
Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70.
Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha
Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera,
iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau
dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72.
Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha
Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha
Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan / Maha Pertama,
iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
74.
Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha
Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu
yang maujud.
75.
Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha
Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan
kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
76.
Al-Baathin: ( الباطن ) Maha
Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun
dapat mengenal ZatNya itu.
77.
Al-Waalii: ( الوالى ) Maha
Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu
menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78.
Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha
Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber
Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya
dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80.
At-Tawwaab: ( التواب ) Maha
Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan
maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81.
Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha
Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang
berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun,
menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak
kerahmatan dan kasih sayangNya.
84. Maalikul
Mulk: ( المالك الملك ) Maha
Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang
Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan
sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan
iradatNya.
85.
Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan
Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai
keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan
melimpah ruah.
86.
Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha
Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang
teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87.
Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha
Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah
bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88.
Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya
Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun
dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan
padaNya.
89.
Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha
Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan
yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki
dari golongan hamba-hambaNya.
90.
Al-Maani’: ( المانع ) Maha
Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang
soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91.
Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha
Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu
dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92.
An-Naafi’: ( النافع ) Maha
Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada
semua hamba, masyarakat dan negeri.
93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya / Maha
Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya
dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang
Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala
sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
95.
Al-Badii’: ( البديع ) Maha
Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada
contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk
selama-Iamanya
97.
Al-Waarits: ( الوارث ) Maha
Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya
seluruh makhluk.
98.
Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha
Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin
kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya
dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh
kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99.
Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha
Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat
melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
.
No comments:
Post a Comment