BAB I
PENDAHULUAN
A. Latar Belakang
Allah SWT
adalah dzat yang maha perkasa, keperkasaan Allah tiada bandingannya, tidak
terbatas dan bersifat kekal. Allah SWT menciptakan alam semesta ini untuk
kepentigan umat manusia sebagaimana dalam firman Allah dalam Quran Surat Ar
Rohman ayat 10. Dalam menciptakan alam Allah tidak pernah meminta bantuan
terhadap mahluk lain karena Allah bersifat
Al Aziz, oleh karena itu kita sebagai hamba Allah hendaknya selalu bersyukur
memuliakan-Nya, kemampuan Allah dengan cara selalu mentaati seagala apa yang
telah diperintahkan-Nya dan juga menjauhi segala sesuatu yang telah di
larang-Nya.
Kemampuan Allah
dalam menciptakan alam beserta isinya merupakan wujud dari beberapa Asmaul
Husna seperti Al-Aziz, Allah memiliki 99
Asma’ul Husna, termasuk di antaranya ialah Al-Gaffar, Al-Basit, An-Nafi’,
Ar-Rauf, Al-Barr, Al-Hakim, Al-Fattah, Al-Adl, Al-Qayyum, dan seterusnya.
Nama-nama tersebut telah disebutkan dalam Al-Qur’an bahwa Adanya Asmaul Husna sebagai
bukti bahwa Allah maha perkasa dan maha bijaksana dan merupakan wujud kasih
sayang Allah kepada hambanya, untuk itu maka kita wajib mengamalkan Asmaul
Husna ke dalam kehidupan sehari-hari.
B. Rumusan
Masalah.
1. Apakah Pengertian
Allah dan Asmaul Husna?
2. Apakah Makna
Asmaul Husna?
BAB II
PEMBAHASAN
A.
Pengertian Allah dan Asmaul Husna
1.
Pengertian
Allah
Allah: ( الله) Lafaz yang Maha
Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang dipercaya oleh umat islam yang Maha
Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan.
Lafadz ini disebut juga lafadz Jalalah, dan juga
disebut Ismu Zat, yaitu Zat yang menciptakan langit, bumi
dan seisinya termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dan Dialah Tuhan seru
sekalian alam.
Adapun nama-nama lain-Nya, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat
Allah yang tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi
lafaz yang Maha Mulia.
Para ulama
menekankan bahwa Allah adalah sebuah nama kepada Dzat yang pasti ada namanya.
Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan
demikian, Allah Yang Memiliki Maha Tinggi, dan juga Allah Yang Memiliki Maha Dekat. Allah
Memiliki Maha Kuasa dan juga Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaaul Husna, yaitu nama-nama,
sebutan atau gelar yang baik.
2.
Pengertian Asmaul Husna
Kata Asma’ dalam bahasa arab berarti
nama – nama, bentuk jamak dari ism . Kata Asma
berakar dari kata samma yang berarti ” memberi nama’’ atau ismun yang berarti ‘’nama “ . Sedangkan kata
Husna adalah bentuk mu’annast dari kata
ahsan yang artinya “ Terbaik “. Jadi Asmaul Husna secara linguistic adalah :
Nama – nama yang terbaik atau terindah. Sedangkan menurut definisi adalah :
Nama – nama terbaik atau yang terindah yang
dimiliki dan disandarkan kepada Allah SWT. Namun, sifat – sifat itu
bukanlah sifat yang sama dengan sifat manusia karena Allah itu berbeda dan
tidak serupa dengan manusia .
Semua kata yang
ditujukan pada Allah harus dipahami keberbedaannya dengan penggunaan wajar
kata-kata itu. Allah itu tidak dapat dimisalkan atau dimiripkan dengan segala
sesuatu, seperti tercantum dalam surat Al-Ikhlas yang artinya:
“Katakanlah:
“Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya
segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada
seorang pun yang setara dengan Dia”. (QS. Al-Ikhlas : 1-4). Allah juga
memerintahkan kita untuk berdoa dengan menggunakan Asmaul Husna. Sebagaimana
Firman Allah dalam Surat Al-Arof ayat
180:
وَلِلَّهِالْأَسْمَاءُالْحُسْنَىفَادْعُوهُبِهَاوَذَرُواالَّذِينَيُلْحِدُونَفِيأَسْمَائِهِسَيُجْزَوْنَمَاكَانُوايَعْمَلُونَ
Artinya: “Hanya milik Allah asmaa-ul husna,
maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan
tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam nama-nama-Nya.
Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”
(Qs. Al-A’raf/7: 180)
Di dalam kitab
suci Al-Qur'an, Allah SWT disebut juga dengan nama-nama sebutan yang berjumlah
99 nama yang masing-masing memiliki arti definisi / pengertian yang bersifat
baik, agung dan bagus. Secara ringkas dan sederhana Asmaul Husna adalah
sembilan puluh sembilan nama baik Allah SWT.
B.
Makna Asmaul Husna
Di dalam kitab
suci Al-Qur'an, Allah SWT disebut juga dengan nama-nama sebutan yang berjumlah
99 nama yang masing-masing memiliki arti definisi / pengertian yang bersifat
baik, agung dan bagus. Secara ringkas dan sederhana Asmaul Husna adalah
sembilan puluh sembilan nama baik Allah SWT.
Dalil tentang
Asmaul Husna:
Berikut adalah
beberapa terjemahan dalil yang terkandung di dalam Al-Qur’an dan Hadits tentang
asmaa’ul husna:
- “Dialah Allah, tidak ada
Tuhan/Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai asmaa’ul
husna (nama-nama yang baik).” – (Q.S. Thaa-Haa : 8)[1]
- Katakanlah: “Serulah Allah atau
serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al
asmaa’ul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan
suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan
tengah di antara kedua itu” – (Q.S Al-Israa': 110)[1]
- “Allah
memiliki Asmaa’ ulHusna, maka memohonlah kepada-Nya dengan menyebut
nama-nama yang baik itu…” – (QS. Al-A’raaf : 180)[1]
1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih,
iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang,
iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/
Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya
sendiri.
4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci
dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat,
iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman /
Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar
akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya
dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha
Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan
melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha
Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa /
Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan,
melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah /
Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri
dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta,
iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua
itu.
12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha
Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang
ada asal mulanya.
13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk /
Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang
berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada
asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya
dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk
yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun,
banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa,
menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk
menurut kehendakNya.
16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha
Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki /
Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga
sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan /
Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh
hambaNya.
19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui,
iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup
oleh penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut /
Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau
menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan /
Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya
rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan /
Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang
selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan,
kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha
Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat
kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang
bertaqwa.
24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati /
Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang
berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.
25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina /
Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.
28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha
Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan /
memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak
seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta
sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha
Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui
segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/
Maha Mengetahui.
32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar /
Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan
kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu
mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala
macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun,
banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas /
Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang
kecil.
36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi
Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang
setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun
dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang
kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara
Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan
sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya,
sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi
kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun
makanan rohani.
40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin /
Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan
kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu
yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu
mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian
dan sesuatu pemberian.
43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti /
Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala
sesuatu dan mengawasinya.
44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan,
iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas
Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan
luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana,
iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta
kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta /
Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya
dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu
yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan,
iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan
orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari
Qiamat.
50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan /
Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51. Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan
tidak akan berubah sedikit pun.
52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir /
Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan
hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha
Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha
Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki
keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi,
iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya
yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada
keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang
memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha
Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari
pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha
Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu
yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi /
Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah
lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan,
iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan,
iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal
hidupNya itu.
63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan
Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat
berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi
ini.
64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha
Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak
berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama
dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan
sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan /
Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan
harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha
Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan /
Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam
mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan /
Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu
melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan
/ Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan /
Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha
Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu
dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi,
iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal
ZatNya itu.
77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai /
Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala
sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha
Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan /
Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan,
iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima
Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat
untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha
Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang
berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang
Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta
maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih /
Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik
Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka
segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta
yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan
Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang
mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat
banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili /
Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari
tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan /
Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai
dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya /
Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang
selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi
kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang
berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari
golongan hamba-hambaNya.
90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau
Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan
menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan
Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan
menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi
Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua
hamba, masyarakat dan negeri.
93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi
Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan
untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi
Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan
yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga
kehidupannya.
95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada
Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang
menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu
kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi /
Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh
makhluk.
98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan /
Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada
kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan
segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh
kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang
tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu
sebelum masanya.
BAB III
PENUTUP
Allah Azza wajalla memiliki 99 nama yang indah atau yang disebut dengan Al-Asma-ul-Husna. Nama-nama tersebut merupakan cerminan dari kasih sayang Allah kepada Hamba-Nya. Karena itu, jika nama-nama tersebut kita gunakan sebagai doa, dzikir,dan bermunajah kepada Allah niscaya akan mempunyai nilai lebih bagi kita.
Anjuran untuk berdoa menggunakan Asmaul Husna telah tercermin dalam firman Allah balam Qur’ansurat AL-A’rof ayat 180 yang artinya“Hanya milik Allah Asma-Ul Husna, maka berdoalah kepadaNya dengan menyebut Asma-Ul Husna, dan tinggalkan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapatkan balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Surat Al-A’rof Ayat 180).
Dalam Asmaul Husna-Nyalah Alah telah menujukan kepada kita batapa besarnya kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Kita sebagai hamba Allah sudah sepantasnya untuk senantiasa memcontoh,meneladani,dan mengamalkan Asmaul Husna dalam kehidupan sehari-hari.karena dengan mengamalkan dari apa yang kerkandung dalam Asmaul Husna hati kita akan menjadi tenang. Kita juga harus sulalu mengamalkan Asmaul Husna dalam kehidupan sehari hari baik sebagai hablumminallah maupun hablumminannas maupun kepada alam. kebesaran-kebesaran yang Allah miliki ada yang masuk akal maupun yang tidak masuk kal, semuanya dapat di kehendaki oleh-Nya karena Allah Maha Kuasa di atas segala-galanya di jagat raya ini, dan kita juga harus mengimaninya. Begitu banyak kemurahan dan nikmat yang di berikan kepada hamba-Nya tanpa pandang bulu, Semua Ia berikan, karena Allah adalah Dzat yang Maha Pengasih, Maha Pemurah lagi maha Memelihara.
Oleh karena itu sebagai hamba Allah yang taat dan patuh harus senantiasa mengamalkan sifat-sifat tersebut dalam kehidupan sehari-hari, serta meneladaninya sebagai wujud kecintaan kita terhadap Allah SWT. Wallahua’lam Bissawab.
No comments:
Post a Comment